comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel sukarkan salur bantuan ke Gaza, sengaja beri tekanan

FOTO: Reuters

KAHERAH: Israel sengaja menghalang penghantaran bantuan ke Gaza dan ia adalah taktik tekanan rejim Zionis.

Telahan itu disuarakan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi.

Ujar Abdul Fattah, halangan Israel itu dijadikan sebagai alat tekanan berhubung konflik dan pembebasan tebusan.

Kenyataan Abdel Fattah itu sekaligus mencetus pergeseran terbaharu antara kedua-dua negara yang mengekalkan sekatan ke atas kawasan Gaza.

Jumlah bantuan amat terhad disalurkan melalui persimpangan Rafah antara Mesir dan Gaza serta sejak Disember, melalui persimpangan Kerem Shalom yang dikawal oleh Israel.

Tambah Fattah, Mesir pernah menghantar 600 trak sehari ke Gaza, namun sejak dua hingga tiga hari lalu – pihaknya hanya dibenarkan menghantar bawah 200 trak setiap hari.

Jelasnya, lintasan Rafah Mesir dibuka 24 jam setiap hari dan setiap bulan.

Namun prosedur ditetapkan Israel merencatkan proses penghantaran trak bantuan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini