YEMEN: Sekurang-kurangnya 9 terbunuh dan dua lagi cedera dalam serangan Israel di Yemen.
Serangan menyasarkan dua stesen janakuasa di Sanaa dan Pelabuhan Hodeidah serta terminal minyak Ras Isa.
Israel dalam kenyataannya menuduh lokasi itu digunakan puak Houthi sebagai markas ketenteraannya.
Serangan dilancarkan beberapa jam selepas Israel menangkis serangan peluru berpandu dari Yemen.
Julai dan September lalu, Israel turut menyasarkan Pelabuhan Hodeidah sehingga meragut empat nyawa.
Ia diikuti serangan dron dan peluru berpandu oleh Puak Houthi ke atas Tel Aviv – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.