comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel serang Syria, 7 maut, 15 cedera

Foto fail Reuters

MASYAF: Tujuh terkorban manakala 15 lagi cedera dalam beberapa bedilan pengganas rejim Israel di wilayah tengah Syria.

Lapor media Al Jazeera, serangan di daerah Masyaf turut mencetuskan kebakaran selain merosakan harta benda.

Wakil Kumpulan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Britain mengesahkan, mangsa termasuk tiga orang awam dan empat anggota tentera yang tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Sumber Pasukan Keselamatan Syria dalam pada itu mendedahkan, bedilan dilancarkan melalui ruang udara Lubnan.

Ia disasarkan ke beberapa lokasi kedudukan tentera Syria.

Pasukan tentera Syria bagaimanapun dilaporkan berjaya mematahkan beberapa bedilan peluru berpandu Israel  – AL JAZEERA / ALARABIYA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini