Tumpuan :
Dunia

Israel serang pinggir Damsyik – Media Syria

Israel membedil pinggir bandar Damsyik lewat malam Ahad. FOTO: Reuters

DAMSYIK: Israel melancarkan serangan udara berhampiran ibu negara Syria, Damsyik pada Ahad malam, menurut agensi berita Syria, SANA.

“Pada kira-kira 23:05, Israel melakukan serangan udara dengan menyasarkan pelbagai tempat di pinggir Damsyik.

Serangen udara dipercayai datang dari arah Golan heights, yang dikuasai rejim Zionis.

“Pertahanan antipesawat kami menembak jatuh beberapa peluru berpandu, sementara kemudahan lain mengalami kerosakan kecil,” menurut sumber jurucakap keselamatan kepada agensi itu.

Wartawan melaporkan letupan kuat kedengaran di pinggir bandar Damsyik, yang sebelum ini turut menjadi sasaran serangan Israel.

Badan pemantau perang berpangkalan di Britain, Syrian Observatory for Human Rights berkata, serangan itu menyasarkan tapak Hizbullah di daerah Sayeda Zeinab dan berhampiran lapangan terbang Damsyik.

Tentera Israel biasanya enggan mengulas mengenai kejadian seperti itu, tetapi menyatakan tembakan sudah dilepaskan dari Lubnan ke arah utara Israel pada petang Ahad.

“Tentera bertindak balas dengan menyasarkan punca serangan. Pada awal hari ini, kami sudah menyerang tempat Hizbullah,” katanya dalam satu kenyataan.

Israel pernah menyatakan tidak akan membenarkan musuh ketatnya Iran, yang menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad, meluaskan bantuan mereka di Syria menerusi Hizbullah. – AGENSI

| ARTIKEL BERKAITAN\

Loading...
Terkini