SYRIA: Israel membedil Ibu Pejabat dan lokasi batalion radar tentera Syria di Damsyik dan luar bandar.
Serangan udara dilancarkan ketika penduduk negara itu menyambut pembebasan Syria daripada cengkaman kuku besi Bekas Presiden Bashar Al-Assad.
Insiden itu turut disahkan Badan Pemerhati Hak Manusia yang berpangkalan di United Kingdom.
Bedilan udara itu memusnahkan sebuah pusat kajian di Masyaf dan fasiliti lain di Barzeh yang terletak di utara Damsyik.
Serangan turut disasarkan ke gudang simpanan peluru berpandu dan lokasi pelancarannya di Gunung Qasyun.
Sejak kejatuhan Bashar, Israel Israel telah melancarkan ratusan serangan ke atas pelbagai lokasi tentera Syria.
Pada masa sama, sekutu Syria – iaitu Rusia dilihat meninggalkan posisi mereka serta pangkalan tenteranya di Syria.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.