comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel sengaja lancar serangan ke tapak bangunan kerajaan dan kem tentera

Pesawat Israel melancarkan serangan ke sebuah bangunan 11 tingkat di kawasan Al-Nasr yang menempatkan kira-kira 80 keluarga, menyebabkan ramai penduduk kehilangan tempat tinggal. – FOTO: Reuters

GAZA: Israel terus-menerus melancarkan peluru berpandu ke Semenanjung Gaza dan dilihat mahu menyerang kawasan kritikal yang menempatkan bangunan kerajaan dan tapak kem tentera.

Pusat latihan tentera Ansar adalah antara bangunan yang menjadi sasaran dalam serangan terbaharu itu.

Sebagai balasan, puluhan roket dilancarkan dari Gaza ke bandar Ashkelon.

Serangan bertali arus ini memberi kesan besar secara langsung ke atas orang awam.

Penduduk Palestin di Gaza tiada tempat untuk mereka lari menyelamatkan diri.

Selain ratusan nyawa yang terkorban, banyak kediaman dan bangunan turut musnah di Semenanjung Gaza.

Di Gaza City, pesawat Israel bertindak melancarkan serangan ke atas sebuah bangunan 11 tingkat di kawasan Al-Nasr yang didiami sekitar 80 keluarga, sekaligus mengakibatkan ramai hilang tempat tinggal.

Mohammed Salah, dari Beit Laha, utara Gaza berkongsi dia dan keluarga telah meninggalkan kediaman mereka dan kini menumpang berteduh di sebuah sekolah dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini