comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel senaraikan 9 nama ‘kononnya Pejuang Hamas’ dalam UNRWA yang terkorban dalam serangan udara

Foto: Reuters

BAITULMAQDIS: Tentera Rejim Israel menamakan sembilan lelaki yang dikatakan sebagai pejuang Hamas yang terkorban dalam serangan udara di Gaza, yang menurut Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB (UNRWA) menyebabkan enam kakitangannya terbunuh.

Rejim Israel mendakwa tiga daripada lelaki berkenaan juga bekerja sebagai kakitangan UNRWA.

Bagaimanapun, tiada pihak tampil mengesahkan identiti mangsa yang terbunuh dan pihak Hamas juga tidak memberi sebarang respon segera.

UNRWA mendakwa enam kakitangannya terbunuh dalam dua serangan udara yang disasarkan ke sebuah sekolah di Gaza pada Rabu lalu.

Menurut Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric, Setiausaha Agung PBB, Antiono Guteres mengutuk serangan terbabit yang mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang termasuk kakitangan UNRWA, wanita dan kanak-kanak.

Beliau berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kakitangan UNRWA yang terbunuh dalam konflik itu seramai 220 orang.

Tegas Guterres, perkara ini perlu disiasat secara bebas dan diteliti bagi memastikan pihak terbabit bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.

UNRWA mendakwa kawasan sekolah di Gaza itu telah berfungsi sebagai kawasan perlindungan untuk mereka yang kehilangan tempat tinggal.

Bagaimanapun, pengganas Israel pula menuduh kawasan sekolah berkenaan digunakan oleh Pejuang Hamas.

Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma, berkata pihak berkuasa Israel tidak pernah meminta agensi menyenaraikan kakitangan yang terbunuh dalam serangan di sekolah terbabit.

Tentera Israel mendakwa mereka sudah memohon UNRWA menghantar senarai kakitangan mereka.

Touma berkata, nama-nama yang dikeluarkan Israel dalam kenyataan hari ini bukan daripada pengetahuan pihaknya.

Tentera Israel mendakwa kononnya mereka mengambil langkah untuk mengurangkan risiko kepada orang awam di Gaza ketika bertempur dengan militan yang menggunakan orang awam Palestin sebagai perisai manusia.

Namun, Hamas menafikan dakwaan terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini