LUBNAN: Lebih 40 terbunuh manakala 133 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan.
Israel dalam kenyataannya mendakwa menyasarkan lebih 70 lokasi Hizbullah dalam tempoh 24 jam.
Pesawat Israel membedil bangunan tentera, depoh senjata serta kedudukan pelancar antikereta kebal.
Pengganas rejim turut mendedahkan visual yang dikatakan pencerobohan ke selatan Lubnan dan merampas sejumlah senjata Hizbullah dalam serangannya.
Sasaran lain bedilan Israel termasuk salah satu laluan yang digunakan bagi penghantaran sejata di sempadan Syria-Lubnan.
Terdahulu Israel mendakwa membunuh Komander Hizbullah, Abbas Adnan Moslem di Aitaroun.
Angka korban perang di Lubnan kini melebihi 2,600 orang sejak pergolakan memuncak bulan lalu. – AL JAZEERA / REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.