GAZA: Israel melipatkan gandakan serangan di utara Gaza.
Dalam kenyataannya Israel mendedahkan, lebih 2,500 lokasi menjadi sasaran di Gaza.
Tentera rejim mendakwa salah satu serangan termasuk ibu pejabat oeprasi Hamas dan sebuah pos pemerhatian.
Sementara itu, angka korban serangan di kem pelarian al-Maghazai dan Jabalia meningkat kepada lebih 50 orang.
Sasaran lain termasuk sumber utama air bersih di kem pelarian Jabalia.
Serbuan tentera rejim di Tebing Barat pula menyaksikan sekurang-kurangnya tiga penduduk Palestin maut dan enam lagi cedera.
Pada masa sama Israel turut mengeluarkan arahan berpindah terbaharu kepada penduduk di utara Gaza menuju ke Wadi Gaza.
Tempoh perpindahan yang diberikan pula terhad kepada 4 jam sahaja.
Angka korban setakat ini melebihi 9,600 orang dengan lebih 26,000 lagi cedera.
Kementerian Kesihatan Palestin turut mendedahkan, kira-kira 2,200 penduduk Gaza masih terperangkap di bawah sisa runtuhan bangunan termasuk 1,250 daripadanya adalah kanak-kanak. – AL JAZEERA