HAMILTON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, Israel terus menafikan akses ke kawasan Falouja di Jabalia, Gaza untuk hari keempat berturut-turut, menyebabkan penduduk terperangkap tidak dapat menerima bantuan.
Timbalan Jurucakap PBB, Farhan Haq menyatakan, permintaan untuk menghantar makanan, ubat-ubatan, dan bahan api juga dinafikan.
Bahan api yang diperlukan untuk sistem bekalan air bersih habis, memaksa penduduk berisiko untuk mendapatkan air.
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) melaporkan Israel tolak 28 permintaan untuk pergerakan bantuan ke kawasan utara Gaza, sementara hanya empat daripada 66 misi kemanusiaan yang dirancang berjaya dilaksanakan.
Larangan bantuan menyebabkan 200,000 penduduk di utara Gaza kekurangan bekalan makanan dan air minuman.
Serangan Israel di utara Gaza kini memasuki hari ke-17 dan telah mengorbankan lebih 42,600 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Perang ini mengakibatkan hampir keseluruhan penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal serta kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.
Israel juga berdepan tuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas tindakan ketenteraannya di Gaza.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.