GAZA: Rejim Israel terus bertindak melampau, melancarkan serangan udara menyasarkan hospital di Gaza yang mengorbankan lebih 500 nyawa.
Menurut Hamas, kebanyakan mangsa korban adalah orang awam yang diarah berpindah daripada penempatan sebelum ini.
Mangsa lain termasuk doktor, kakitangan perubatan, serta orang awam yang juga pesakit yang menerima rawatan akibat serangan.
Ada juga media antarabangsa melaporkan, turut terjejas anggota sukarelawan yang membantu menyelamat mangsa.
Pihak berkuasa Palestin yang beroperasi di Tebing Barat menyifatkan tindakan Israel itu sebagai pembunuhan beramai-ramai.
Israel dalam kenyataan terbaharunya bagaimanapun menafikan serangan itu disasar ke arah hospital, namun ia kononnya pelancaran roket yang gagal menyasarkan lokasi pejuang Hamas.
Keganasan terbaharu itu menjadikan angka korban rakyat Palestin terus meningkat menjangkau 3,000 orang pada hari kesebelas serangan.