comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel mahu ‘bersihkan’ Gaza City

GAZA: Israel melancarkan operasi terbaharu bagi ‘membersihkan’ Gaza City.

Operasi yang tertumpu di tengah dan utara bandar ini termasuk memusnahkan kem pelarian.

Israel sebelum ini turut mendakwa telah berjaya ‘membersihkan’ lokasi-lokasi utama lain daripada kawalan pejuang Palestin bermula Disember lalu.

Tindakan itu diambil ekoran terdapat ancaman bahawa pejuang Palestin cuba mengambil alih semula kawasan yang dirampas zionis.

Penilaian daripada perang itu mendapati perancangan rejim mengosongkan kem pelarian di utara Gaza adalah sebahagian daripada operasi terbarunya bagi menumpaskan Hamas dan kumpulan pejuang Palestin lain.

Tentera Israel menjangkakan sekitar 200,000 penduduk Gaza di bahagian utara dengan majoritinya berada di kem pelarian.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini