comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel lulus rang undang-undang haramkan agensi pelarian UNRWA

Foto: Fail Reuters

TEL AVIV: Kekejaman Israel berterusan apabila negara tanah haram itu meluluskan rang undang-undang yang melarang Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin (UNRWA) beroperasi.

Penggubal undang-undang mengaitkan undang-undang itu dengan penglibatan beberapa pekerja UNRWA dalam serangan 7 Oktober 2023 di selatan Israel, serta dakwaan keanggotaan mereka dalam kumpulan pejuang Hamas dan kumpulan bersenjata lain.

Pengharaman operasi agensi itu merangkumi seluruh Israel dan timur Baitulmaqdis yang diduduki.

Selain itu, sekutu Barat Israel bimbang bahawa undang-undang itu akan memperburuk keadaan kemanusiaan yang sudah kritikal di Gaza.

UNRWA, merupakan agensi yang memberi pendidikan, bantuan kesihatan dan kemanusian kepada jutaan rakyat Palestin di Gaza, Tebing Barat, Jordan, Lebanon dan Syria.

Bagaimanapun, Israel telah berulang kali mendesak agar UNRWA dibubarkan dan tanggungjawabnya diserahkan kepada agensi PBB yang lain.

Seorang anggota Knesset (parlimen Israel), Sharren Haskel, yang merupakan berkata jika PBB tidak bersedia untuk membersihkan organisasi itu daripada aktiviti keganasan, maka Israel akan mengambil langkah untuk memastikan mereka tidak boleh membahayakan rakyat di negara itu.

Haskel juga mengkritik komuniti antarabangsa yang tidak bertindak untuk memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan melalui organisasi yang lebih sesuai, seperti Organisasi Makanan Sedunia dan UNICEF.

Terdahulu, Sebelum undang-undang itu diluluskan, Perancis, Jerman, Britain, Jepun, Korea Selatan, Kanada, dan Australia telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan kebimbangan mendalam terhadap undang-undang tersebut.

UNRWA merupakan agensi yang menggaji puluhan ribu pekerja dan menyediakan bantuan penting kepada pelarian Palestin, namun undang-undang baru ini berpotensi untuk menjejaskan operasi kemanusiaannya secara signifikan di Gaza dan Tebing Barat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini