comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Israel langgar syarat gencatan senjata, Hamas tangguh serah tawanan tujuh jam

GAZA: Israel didakwa melanggar syarat genjatan senjata menyebabkan Hamas menangguhkan penyerahan kumpulan kedua tawanan selama kira-kira tujuh jam.

Pejuang Hamas bagaimanapun telah menyerahkan 13 tahanan Israel dan empat warga Thailand kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa ICRC setelah jaminan diberikan negara perantara.

Ia sebagai pertukaran untuk pembebasan 39 tahanan Palestin dari penjara Israel.

FOTO: Reuters

Terdahulu, Hamas berkata Israel gagal mematuhi syarat kemasukan trak bantuan Semenanjung Gaza dan kriteria yang dipersetujui untuk membebaskan tahanan.

Hamas mendakwa Israel mencabuli dan menembak ke arah trak bantuan dan memanipulasi nama serta kriteria pembebasan tahanan.

Bagaimanapun kumpulan pejuang itu memutuskan untuk meneruskan perjanjian gencatan senjata kerana jaminan diberikan Mesir dan Qatar bahawa Israel akan mematuhi semua syarat ditetapkan dalam perjanjian terbabit.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini