
Sumber Keselamatan Palestin memberitahu media Al Jazeera mereka merekodkan 266 insiden pelanggaran perjanjian gencatan senjata sejak ia berkuat kuasa di Gaza pada 19 Januari.
Pelanggaran tersebut mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 132 rakyat Palestin.
Lebih 900 orang cedera akibat tembakan dan serangan Israel di wilayah tersebut.
110 kejadian direkodkan di wilayah tengah Gaza, 54 di Rafah
49 di Gaza City, 19 di Khan Younis dan 13 kejadian di utara Semenanjung Gaza.
Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa, pemimpin rejim Israel terus menerus membincangkan kemungkinan untuk menyambung semula peperangan dengan Menteri Kanan dalam Kabinet Netanyahu mendesak pendudukan ketenteraan ke atas Gaza. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.