GAZA: Israel melancarkan serangan udara dan artileri di selatan Khan Younis dan tengah Nuseirat walaupun gencatan senjata Gaza dijadualkan bermula mengikut waktu yang ditetapkan oleh pengantara pada jam 8:30 pagi waktu tempatan (06:30 GMT).
Lapor media Al-Jazeera, enam terbunuh manakala sejumlah lagi cedera dalam serangan dron di timur Gaza City
“Rejim Israel terus mempersiap pasukan pertahanan dan serangan dan tidak akan membenarkan keselamatan penduduknya terancam,” kata mereka dalam satu kenyataan.
Gencatan senjata yang dirancang dan dipersetujui selepas setahun usaha perantaraan intensif oleh Qatar dan Mesir adalah langkah pertama dalam proses panjang dan rapuh yang bertujuan untuk mengakhiri perang selama 15 bulan .
Pemimpin rejim Benjamin Netanyahu berkata beliau telah mengarahkan tentera bahawa gencatan senjata “tidak akan bermula sehingga Israel memperoleh senarai tebusan yang akan dibebaskan seperti dijanjikan oleh Hamas”. Amaran sama telah dikeluarkan pada malam sebelumnya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.