comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel lancar serangan bertubi-tubi ke atas Lubnan 

MARJAYOUN, LUBNAN: Pesawat Tentera Zionis melancarkan serangan paling sengit ke Selatan Lubnan dalam tempoh setahun, malam tadi.

Stesen radio Israel melaporkan puluhan jet pejuang Israel menyerang lokasi sasaran Hizbullah dengan kira-kira 100 pelancar roket.

Sumber keselamatan Lubnan berkata, konflik antara Israel dan kumpulan bersenjata Hizbullah di Lubnan meningkat walaupun gesaan Amerika Syarikat dan United Kingdom supaya ketegangan dihentikan.

Dalam pada itu, Setiausaha Luar Britain, David Lammy turut menggesa gencatan senjata segera dilakukan antara Israel dan Hizbullah.

Bagaimanapun dalam operasi serangan malam tadi, tiada kemalangan jiwa, dilaporkan.

Serangan sengit awal minggu ini dikaitkan dengan tindakan Israel yang didakwa meletupkan radio dan alat keluli Hizbullah yang membunuh 37 orang dan mencederakan kira-kira 3,000 di Lubnan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini