comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel lancar lebih 50 serangan udara ke Lubnan 

FOTO: Reuters

LUBNAN: Israel melancarkan lebih 50 serangan udara ke Lubnan.

Sekurang-kurangnya 10 bedilan disasarkan daerah Dahiyeh, antara kubu kuat Hizbullah di selatan Beirut.

Sasaran lain termasuk Lembah Bekaa dan bengkel senjata bawah tanah Hizbullah.

Israel dalam kenyataannya mendakwa membunuh tiga anggota kanan Hizbullah iaitu, Elhag Abbas Salameh, Racha Abbas Icha dan Ahmed Ali Hasin.

FOTO: Reuters

Mangsa dikatakan terbunuh dalam serangan ke atas Ibu Pejabat kumpulan itu di selatan Beirut.

Hizbullah dalam pada itu melancarkan beberapa bedilan ke utara Israel.

Lapor Al Jazeera, dua daripada roket jatuh di sebuah kawasan terbuka. – AL-JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini