Tumpuan :
Dunia

Israel lancar 480 serangan ke Syria dalam tempoh 48 jam

Foto fail Reuters

SYRIA: Pengganas Israel melancarkan 480 serangan ke Syria dalam tempoh 24 jam lalu.

Sasaran termasuk 15 kapal tentera dan lokasi pembuatan senjata di beberapa bandar.

Pada masa sama wujud kabar angin kereta kebal Israel telah memasuki pinggir bandar Damsyik.

Serangan terbabit disifatkan sebagai operasi serangan terbesar tentera udara Israel di Syria selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

Foto fail Reuters

Qatar, Iraq dan Arab saudi mengecam tindakan berbahaya Israel itu termasuk operasi darat di Bukit Golan yang terlebih dahulu dikecam pasukan pengaman PBB kerana ia melanggar perjanjian gencatan senjata 1974 selepas berakhirnya perang 1967.

Serangan berulang Israel di sekitar Damsyik dan kawasan lain menyukarkan gabungan baharu untuk menjaga kestabilan negara dan memastikan peralihan kuasa yang lancar.

Gabungan yang terdiri daripada pelbagai kumpulan dengan pendekatan berbeza, menghadapi cabaran besar kerana kekurangan pengalaman dalam mentadbir negara.

Jika gagal, ia boleh mencetuskan perang saudara baharu dan serangan Israel terus merumitkan keadaan.

Untuk rekod Agensi Pelarian PBB UNHCR melaporkan lebih 13 juta rakyat Syria terpaksa lari meninggalkan kediaman sepanjang hampir 14 tahun perang saudara.

90 peratus penduduk Syria kini memerlukan bantuan kemanusiaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini