comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel kutuk keputusan waran tangkap ICC

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis mengutuk keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague yang mengeluarkan waran tangkap terhadap dirinya dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, atas dakwaan jenayah perang.

Netanyahu menyifatkan keputusan itu sebagai tindakan anti-Semitik dan membandingkannya dengan Dreyfus Trial, kes penganiayaan berprofil tinggi terhadap seorang pegawai Yahudi Perancis pada abad ke-19.

“Keputusan antisemitik mahkamah antarabangsa di The Hague adalah perbicaraan Dreyfus moden, dan ia akan berakhir dengan cara yang sama,” katanya dalam satu kenyataan video.

Semalam, ICC mendakwa Netanyahu dan Gallant bertanggungjawab atas jenayah termasuk pembunuhan, penganiayaan, dan penggunaan kebuluran sebagai senjata perang, yang merupakan sebahagian daripada serangan sistematik terhadap penduduk awam Gaza.

Namun, Israel menolak bidang kuasa mahkamah tersebut dan menafikan sebarang dakwaan jenayah perang di Gaza.

Netanyahu turut menegaskan Israel tidak akan mengiktiraf keputusan ICC dan akan terus mempertahankan negara haram itu.

“Tidak ada keputusan anti-Israel yang berat sebelah di The Hague yang akan menghalang Israel daripada melindungi rakyatnya,” katanya.

“Israel akan terus melindungi rakyatnya dan mempertahankan negaranya daripada paksi keganasan,” tambah Netanyahu.

Mahkamah di The Hague tidak mempunyai pihak berkuasa polis untuk melaksanakan sebarang penahanan, sebaliknya bergantung kepada kerjasama negara 124 negara anggota.

Antara negara anggota ICC di Eropah termasuk Perancis, Jerman, United Kingdom (UK), Sepanyol, Argentina dan Brazil.

Manakala di Asia-Pasifik merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Australia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini