comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel, Hizbullah saling berbalas serangan udara di sempadan

FOTO: Reuters

MARJAYOUN: Beberapa jam selepas kejadian letupan serentak ‘walkie-talkie’ di seluruh Lubnan, Israel dan Hizbullah saling bersilih-ganti berbalas serangan udara berhampiran sempadan.

Israel terlebih dahulu melancarkan serangan udara di selatan Lubnan dengan menjadikan Marjayoun sebagai sasaran terbaharu.

Tidak lama kemudian, giliran Hizbullah pula melancarkan serangan udara di kawasan bukit utara Israel.

Hizbullah dalam kenyataan dikeluarkan susulan letupan kedua di Beirut menegaskan Israel bakal terima padah apabila mendalangi letupan kedua-dua peranti berkenaan.

Terdahulu, sumber keselamatan Lubnan memaklumkan agensi perisikan Israel, Mossad bertanggungjawab ke atas kedua-dua kejadian terbabit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini