comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Israel hilang akal, bedil Kem Jabalia ragut lebih 50 nyawa rakyat Palestin

GAZA: Umpama hilang akal dan pertimbangan, Rejim Israel melancarkan serangan terbaharu ke atas kem pelarian terbesar, Jabalia di Semenanjung Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 50 rakyat Palestin.

Ratusan lagi mangsa dilapor cedera dalam serangan yang memusnahkan penempatan yang dipenuhi pelarian Palestin itu.

FOTO: Reuters

Jumlah korban dikhuatiri terus meningkat susulan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Sebilangan besar mangsa dikejarkan ke Hospital Indonesia untuk rawatan segera.

FOTO: Reuters

Menurut Pengarah Hospital berkenaan, Dr Mohamed El Ron, pusat perubatan itu menerima sekitar 400 mangsa termasuk yang cedera dan meninggal dunia.

Lebih memilukan, sejumlah besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Dalam pada itu, Angkatan Pertahanan Israel, (IDF) mengesahkan serangan dilancarkan dengan mendakwa kononnya menyasarkan komander Hamas.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini