Tumpuan :
Dunia

Israel guna lebih 25,000 tan bahan letupan serang Gaza

FOTO Reuters

GENEVA: Israel telah melepaskan lebih 25,000 tan bahan letupan ke Gaza sejak perang besar tercetus pada 7 Oktober lalu.

Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med, serangan itu ibarat bersamaan dua bom nuklear.

Tentera Israel turut mengakui mengebom 12,000 sasaran di Gaza, dengan purata bahan letupan 10 kilogram untuk setiap individu.

Euro-Med turut berkongsi, berat bom nuklear yang digunakan Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun pada akhir Perang Dunia II dianggarkan sekitar 15,000 tan.

Dengan perkembangan teknologi, letupan yang dilancarkan di Gaza kemungkinan besar adalah dua kali ganda lebih kuat daripada bom nuklear.

Ini bermakna, kuasa pemusnah bahan letupan yang dijatuhkan di Gaza melebihi kekuatan bom yang dijatuhkan di Hiroshima.

Lebih kritikal, keluasan bandar di Jepun adalah 900 kilometer persegi, namun Gaza pula tidak melebihi 360 kilometer persegi.

Menteri Perang Israel, Yoav Gallant sebelum ini mengisytiharkan lebih 10,000 bahan letupan dengan berat antara 150 ke 1,000 kilogram telah dilancarkan ke Gaza.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini