comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Israel dakwa temui terowong terbesar Hamas 

GAZA: Israel mendakwa mereka telah menemui terowong terbesar milik Hamas berdekatan sempadan Gaza.

Pegawai tentera zionis memberitahu terowong dengan panjang lebih 4 kilometer itu mempunyai pintu masuk yang terletak ratusan meter dari lintasan sempadan Erez.

FOTO: Reuters

Lokasi itu merupakan salah satu tapak yang ditakluki Hamas sewaktu serangan pada 7 Oktober.

Terowong itu dilaporkan menelan belanja jutaan dolar Amerika dan mengambil masa bertahun lamanya untuk dibina.

Bukan hanya manusia, malah kenderaan turut boleh melalui terowong itu.

FOTO: Reuters

Ia juga turut dilengkapi dengan rel, bekalan elektrik, saliran dan rangkaian komunikasi.

Anggota rejim turut memaklumkan mereka menemui senjata di dalam terowong itu yang didakwa diguna untuk menyerang tenteranya di Shejaia, pinggir Gaza City.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini