comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel dakwa bunuh seorang komander Hizbullah

FOTO: Reuters

BAITULMAQDIS: Tentera rejim Israel mendakwa membunuh seorang lagi komander yang bertanggungjawab membiayai kumpulan Hizbullah Lubnan di Syria.

Menurut Jurucakap Tentera Israel, Daniel Hagari, identiti yang tidak didedahkan itu, kononnya mengetuai Unit 4400 Hizbullah yang disokong Iran, yang bertanggungjawab untuk pemindahan dan jumlah dana kepada kumpulan itu melalui penjualan minyak Tehran.

Komander itu didakwa dibunuh di Syria beberapa jam lalu.

Menurut Hagari, unit itu sebelum ini diketuai oleh Mohammed Jafar Ksir yang juga dikenali sebagai Sheikh Salah.

Kementerian Pertahanan Syria terdahulu mengumumkan kematian dua individu susulan serangan dikaitkan dengan Israel dan menyasarkan sebuah kereta di Damsyik.

Dalam pada itu, Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan serangan itu menyasarkan seorang lelaki bukan Syria yang memandu keretanya di kawasan kejiranan tempat peringatan diadakan untuk pemimpin Hamas, Yahya Sinwar yang dibunuh oleh Israel minggu lalu di Gaza.

Unit 4400 didakwa mengangkut minyak Iran ke Syria yang kemudian dijual di Lubnan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini