GAZA: ‘Apabila kami cuba mengebumikan mayat syuhada, tentera Israel datang dan menculik mayat itu’.
Itu kata seorang doktor yang terpaksa meninggalkan Hospital Al-Shifa kerana tentera rejim Zionis mengancam akan mengebom hospital terbabit.
Menurut Dr Ibraheem Shakoura, penghuni terakhir hospital terbesar di Semenanjung itu diberi masa satu jam petang semalam oleh tentera Israel untuk meninggalkan bangunan berkenaan atau berdepan ancaman tidak dinyatakan.
“Keadaan di sana menyedihkan,” katanya kepada The National.
Katanya, dia bertahan selagi mampu untuk membantu pesakit yang masih tinggal tetapi akhirnya terpaksa pergi.
“Tentera Israel menculik mayat syuhada, mereka mengancam untuk mengebom lantai tempat kami berada, jadi kami memutuskan untuk meninggalkan Al-Shifa.
“Apabila kami meninggalkan bangunan hospital, (Israel) berkata bahawa kami akan diberi laluan selamat tetapi sebenarnya ia tidak selamat dan tidak sesuai untuk orang yang cedera melalui laluan ini.
“Dia berkata di sana “kanak-kanak menderita, wanita menangis”.
“Dalam perjalanan kami hari ini, kami melihat banyak mayat di jalanan. Ada orang yang ditembak di mana-mana,” katanya.
Bercakap mengenai pengepungan yang berlangsung selama lebih seminggu, Dr Shakoura berkata tentera Israel mengebom saluran air utama.
”Mereka mula membawa air untuk kami tetapi air tidak mencukupi.” katanya – AGENSI