comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel bunuh dua Komandar Kanan Hizbullah

FOTO: Reuters

LUBNAN: Israel mendakwa telah membunuh dua Komander Kanan Hizbullah di selatan Lubnan.

Ahmed Mustafa Allhaj Ali dan Muhammad Ali Hamdan dikatakan bertanggungjawab dalam operasi pelancaran peluru berpandu ke beberapa kawasan dalam tanah jajahan Israel.

Serangan lain termasuk di wilayah Baalbek yang meragut empat nyawa.

Lima lagi korban dicatatkan di selatan bandar Wardaniyeh.

FOTO: Reuters

Pasukan paramedik turut jadi sasaran di daerah Tyre dengan lima kematian baharu dicatatkan menjadi jumlah anggota kecemasan yang maut lebih 100 orang sejak perang memuncak akhir September lalu.

Pihak tentera Lubnan dalam pada itu menahan dua individu yang dipercayai menjadi tali barut Israel.

Penahanan dibuat hasil pemantauan serta risikan dan suspek dikatakan direkrut melalui sosial media. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini