BAITULMAQDIS: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendedahkan Israel mengarahkan pemindahan di kawasan sekitar bandar utama di selatan Gaza.
Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata Israel mengeluarkan peta menunjukkan kawasan baharu meliputi 20 peratus bandar Khan Yunis yang ditanda untuk pemindahan.
OCHA berkata sebelum pertempuran meletus kawasan itu menempatkan kediaman yang diduduki lebih 110,000 orang.
Katanya, kawasan itu termasuk 32 pusat perlindungan yang menempatkan lebih 140,000 pelarian dalaman, sebahagian besar mereka sebelum ini dipindahkan dari utara.
Sejak peperangan antara Israel dan Palestin tercetus sekurang-kurangnya 20,000 orang terkorban, majoriti adalah kanak-kanak dan wanita.