comscore
Tumpuan :
Dunia

Israel bedil tengah bandar Beirut, 22 maut, 117 cedera

FOTO: Reuters

LUBNAN: Sekurang-kurangnya 22 terbunuh dan  hampir 120 lagi cedera dalam serangan pengganas Israel di tengah-tengah bandar Beirut yang padat dengan penduduk.

Serangan kali ini luar daripada kebiasaan yang disasarkan di pinggir bandar.

Lokasi ini menjadi tumpuan ratusan ribu penduduk yang melarikan diri dari selatan Lubnan.

Bedilan mencetuskan panik dalam kalangan penduduk dengan ada yang menjerit dan lari menyelamatkan diri.

Dalam pada itu, Ketua Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, UNIFIL mendedahkan, keadaan semakin terancam kepada pasukan itu di Lubnan.

Terbaharu pengganas Israel dilaporkan melepaskan tembakan kepada anggotanya mengakibatkan dua cedera.

Tindakan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangat UNIFIL untuk kekal di lokasi mereka bagi melindungi orang awam. – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini