LUBNAN: Ketegangan di antara Israel dengan kumpulan disokong Hezbollah di selatan Lubnan semakin memuncak.
Israel dalam kenyataannya mengaku membedil 40 roket ke selatan Lubnan yang disifatkan antara serangan terbesar ke wilayah itu.
Namun kebanyakannya berjaya dipintas Hezbollah dan jatuh di kawasan terbuka.
Menteri Pertahanan Israel dalam pada itu dipetik berkata, pihaknya bersiap sedia bagi berdepan sebarang ancaman pihak musuh.
Hezbollah dalam kenyataanya pula berkata, puluhan roket dilancarkan ke arah Israel sebagai tindak balas serangan rejim itu yang menyasarkan penempatan penduduk. – AL JAZEERA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.