GAZA: Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa menegaskan ketiadaan akauntabiliti antarabangsa terhadap Israel membolehkannya terus melakukan jenayah terhadap rakyat Palestin.
Beliau berkata demikian ketika pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Timur Tengah, Sven Koopmans di Pejabat Perdana Menteri di Ramallah.
Mustafa mengulangi bahawa pelaksanaan resolusi 2735 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNSC membentuk pelan hala tuju untuk menghentikan pencerobohan di Gaza.
Ia juga bertujuan memastikan penghantaran bantuan segera di Gaza serta memulakan usaha pembinaan semula.
Beliau turut menekankan keperluan untuk menyatukan Tebing Barat dan Gaza ke arah mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka.
Mustafa turut memuji kesatuan Eropah dan rakan antarabangsanya atas peranan penting dalam menyokong usaha menzahirkan sebuah negara Palestin.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.