Tumpuan :
Dunia

Israel arah operasi rejim dipertingkat di Tebing Barat susulan letupan bas di Tel Aviv

Foto: Reuters

TEL AVIV: Ketua Pertahanan Israel, Israel Katz, mengarahkan rejimnya untuk meningkatkan operasi di Tebing Barat sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas bas di Bat Yam.

“Berikutan serangan pengganas serius yang cuba dilakukan oleh organisasi Palestin di Blok Dan terhadap penduduk Israel, saya mengarahkan pasukan Israel untuk meningkatkan intensiti aktiviti bagi menggagalkan keganasan di kem pelarian Tulkarem dan di kem pelarian di Judea dan Samaria secara umum,” kata Katz, merujuk kepada Tebing Barat yang dijajah.

“Kami akan mengejar pengganas sehingga ke akhirnya dan memusnahkan infrastruktur pengganas di kem-kem yang menjadi barisan hadapan paksi Iran,” tambahnya. “Mereka yang menaja dan melindungi keganasan akan membayar harga yang tinggi.” AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini