comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Israel setuju gencatan senjata 4 hari

 

TEL AVIV: Selepas desakan demi desakan dan berdepan tekanan tinggi dari semua arah, Israel akhirnya tunduk untuk bersetuju mengadakan jeda gencatan senjata dan membebaskan sebahagian banduan Palestin.

Perkara terbabit dimaklumkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tepat jam 3:00 pagi waktu tempatan sejurus selepas sidang parlimen tergempar bagi membincangkan rundingan gencatan senjata.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. – Foto: Reuters

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri, sebagai pertukarannya, pejuang Hamas akan membebaskan 50 tawanan Israel manakala rejim Zionis akan membebaskan kira-kira 150 banduan Palestin yang ditahan di Penjara Israel dalam tempoh empat hari.

Sepanjang tempoh empat hari itu juga, gencatan senjata juga akan melalui fasa jeda bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke seluruh Gaza.

Israel juga bersetuju dengan permintaan Hamas untuk melanjutkan tempoh jeda gencatan senjata setiap satu hari sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk membebaskan tawanan mengikut jumlah yang ditetapkan.

Setakat ini, Hamas bersetuju untuk membebaskan 10 tawanan bagi pertukaran lanjutan sehari jeda namun tiada maklumat lanjut berhubung jumlah banduan Palestin yang bakal dibebaskan oleh rejim Tel Aviv.

Sebaik pengumuman berkenaan, wakil rejim Zionis bakal memaklumkan hasil mesyuarat parlimen kepada Qatar selaku perantara rundingan gencatan senjata.

Menurut Al Jazeera, pembebasan tawanan fasa satu di antara kedua-dua pihak dijangka berlaku seawal Khamis atau Jumaat ini.

SUMBER REUTERS, AL JAZEERA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini