comscore
Tumpuan :
Dunia

Iraq umum ketua Daesh dibunuh

Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia al-Sudani, – Gambar fail/REUTERS

ISTANBUL: Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia al-Sudani pada Selasa mengumumkan bahawa ketua tertinggi Daesh di Iraq sudah dibunuh, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata, gabenor yang diisytiharkan sendiri oleh kumpulan pengganas itu bagi Iraq dan lapan pengganas lain maut dalam operasi antikeganasan di Pergunungan Hamrin, timur laut Iraq.

“Tiada tempat untuk pengganas di Iraq, dan kami akan memburu mereka ke tempat persembunyian mereka dan menghapuskan mereka sehingga tanah Iraq dibersihkan daripada mereka dan tindakan terkutuk mereka,” kata al-Sudani di platform X.

Pada Jun 2014, kumpulan pengganas Daesh menawan Mosul, Saladin, Anbar dan sebahagian Wilayah Diyala dan Kirkuk.

Wilayah terbabit sudah dirampas semula daripada kumpulan itu pada Disember 2017 oleh tentera Iraq dengan sokongan pakatan antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat menentang Daesh di Iraq.

Walaupun hampir tujuh tahun berlalu sejak kumpulan pengganas Daesh diusir dari wilayah terbabit dan bandar-bandar ditawan semula, serangan oleh organisasi itu masih berterusan, terutamanya di kawasan luar bandar Kirkuk, Diyala, Mosul, Saladin dan Anbar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini