comscore
Tumpuan :
Dunia

Iraq import elektrik dari Turkiye melalui rangkaian elektrik baharu

FOTO: Reuters

BAGHDAD: Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia’ al-Sudani merasmikan rangkaian elektrik baharu bagi mengimport tenaga elektrik dari Türkiye yang bertujuan mengurangkan gangguan bekalan elektrik kronik di wilayah utara negara itu, lapor Xinhua.

Bercakap menerusi kenyataan video, al-Sudani menekankan kepentingan penyambungan dengan grid Türkiye dan menyifatkannya sebagai pilihan tenaga strategik pada masa depan, menurut kenyataan dari pejabat medianya.

“Ini akan membolehkan Iraq berintegrasi ke dalam sistem tenaga serantau, membolehkan kepelbagaian dan pertukaran ketika beban waktu puncak yang berbeza,” menurut kenyataan.

Kemudahan sepanjang 115 kilometer ini akan memudahkan penghantaran 300 megawatt dari Türkiye ke wilayah Nineveh, Saladin dan Kirkuk di Iraq semasa penggunaan elektrik tertinggi.

Iraq menghadapi kekurangan bekalan elektrik yang kronik sejak 2003 kerana peperangan selama beberapa dekad telah memusnahkan infrastruktur negara itu.  – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini