Tumpuan :
Dunia

Iran tekad berdiri teguh sokong perjuangan rakyat Palestin – Hizbullah

Timbalan Pemimpin Hizbullah, Sheikh Naim Qassem berucap di saluran televisyen tempatan tanpa didedahkan lokasi.- Foto: Reuters

TEHRAN: Iran bertekad untuk berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menentang ancaman yang melanda Asia Barat.

Timbalan Pemimpin Hizbullah, Sheikh Naim Qassem berkata kerjasama Israel, Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara barat yang dianggap menekan dan menakutkan kumpulan pejuang itu tidak menjadi penghalang kepada sokongan Hizbullah terhadap konflik di Asia Barat.

“Konsensus besar oleh musuh Israel bersama Amerika Syarikat dan negara-negara Barat sedang berusaha menekan kami supaya takut dan gentar, tetapi kami tidak takut, kami tidak akan gentar.” katanya dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen tempatan.

Selain itu, Beliau turut menyentuh mengenai ulang tahun pertama serangan Israel terhadap Gaza sejak 7 Oktober 2023, yang menurutnya merupakan titik perubahan besar dalam akan perjuangan di Asia Barat.

“Saya boleh katakan bahawa ini adalah permulaan perubahan wajah Timur Tengah, dengan kehadiran dan pengaruh penentangan,” ujar Sheikh Naim Qassem.

Beliau menambah, usaha penentangan kumpulan pejuang Hamas di Gaza adalah usaha yang yang diperlukan kerana penentangan kepada pendudukan yang telah berlangsung selama lebih 70 tahun.

Sheikh Naim Qassem juga menegaskan bahawa Israel berhasrat untuk melenyapkan semua pihak yang menentang mereka dan sesiapa yang memperjuangkan hak mereka.

Beliau secara tegas menekankan bahawa niat Israel untuk memaksa negara dan rakyat sekitarnya tunduk kepada polisi dan arahan mereka tidak akan berjaya.

Sementara itu, Sheikh Naim Qassem turut memuji Iran atas sokongan yang diberikan kepada penentangan di Palestin, Lubnan, dan seluruh Asia Barat, sambil menyatakan bahawa bantuan Iran kepada rakyat Palestin adalah satu kebanggaan dan maruah bagi negara tersebut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini