Tumpuan :
Dunia

Iran rancang tingkat pengeluaran uranium hingga 60 peratus

Foto: Reuters

VIENNA: Iran merancang meningkatkan pengeluaran uranium secara signifikan, menurut satu laporan sulit.

Laporan itu menyebut reka bentuk terkini di kilang pengeluaran unsur nadir bumi itu menunjukkan perubahan itu dapat meningkatkan pengeluaran uranium diperkaya sehingga 60 peratus kepada lebih 34 kilogram sebulan, berbanding 4.7 kilogram sebelumnya.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menyatakan uranium yang diperkaya hingga 60 peratus menghampiri tahap 90 peratus yang diperlukan untuk pengeluaran senjata nuklear.

Iran sebelum ini berulangkali menafikan hasrat meningkatkan pengeluaran uranium itu bagi membangunkan senjata nuklear.

Bulan lalu, Iran mengumumkan pelancaran senjata baru dan maju sebagai tindak balas terhadap resolusi IAEA yang mengecam Tehran.

Resolusi itu dibawa oleh Britain, Perancis, Jerman, dan Amerika Syarikat.

IAEA meminta Iran membenarkan pelaksanaan pemeriksaan yang lebih ketat untuk memastikan tiada penyalahgunaan fasiliti itu.

Iran mempertahankan haknya terhadap tenaga nuklear untuk tujuan damai dan menolak sebarang dakwaan mengenai pembangunan senjata.

Namun, ia kekal satu-satunya negara bukan pemilik senjata nuklear yang memperkaya uranium hingga tahap melebihi 50 peratus.

Perjanjian nuklear 2015 mengehadkan program nuklear Iran sebagai pertukaran kepada pelepasan sekatan dilanggar apabila Amerika Syarikat menarik diri secara unilateral pada 2018 di bawah pentadbiran Donald Trump.

Perbincangan diplomatik antara Iran, Britain, Perancis, dan Jerman diteruskan minggu lalu di Geneva, walaupun ketegangan semakin meningkat sebelum Trump kembali ke Rumah Putih pada Januari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini