TEHRAN: Iran mula melancarkan serangan udara ke Israel menyusuli amaran Tehran bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Damsyik pada Isnin.
Serangan balas Iran ini dilihat bakal mencetuskan konflik yang lebih meluas.
Media Israel berkata, dron yang dilancar Iran itu dijangka sampai ke Israel pada Ahad sekitar jam 2 pagi waktu tempatan.
Laporan itu juga menyebut tentera Israel berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau semua sasaran.
Iran telah berikrar untuk membalas serangan terhadap konsulatnya di Syria pada 1 April yang membunuh tujuh pegawai tentera, termasuk seorang komander tertinggi.
Iran menuduh rejim Zionis melakukan serangan itu, namun Israel menafikannya.
Terdahulu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, sistem pertahanan negara haram itu telah disiap-siaga.
“Kami bersedia untuk sebarang senario, baik secara pertahanan mahupun serangan. Negara Israel kuat. IDF kuat. Orang ramai kuat” tegas Netanyahu.
Semalam, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden tetap pendirian bersekongkol dengan sekutunya, Israel yang telah melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa.
Biden turut memberikan mesej kepada Iran agar tidak melakukan serangan ke atas Israel.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.