Tumpuan :
Dunia

Iran buka semula kedutaan di Arab Saudi

FOTO: Reuters

RIYADH : Iran membuka semula kedutaannya di Arab Saudi susulan kejayaan kedua-dua pihak memulihkan hubungan diplomatik.

Majlis diadakan di perkarangan bangunan kedutaan di Riyadh dengan dihadiri puluhan diplomat dan wakil kerajaan.

Timbalan Menteri Luar Iran, Alireza Bikdeli dipetik berkata, ia adalah detik penting ke arah hubungan yang lebih erat bagi mencapai kestabilan dan kemakmuran antara kedua-dua negara

Kejayaan pemulihan hubungan antara dua negara besar itu hasil perjanjian dibroker oleh China pada Mac lalu.

Hubungan Iran dan Arab Saudi sebelum ini renggang susulan hukuman mati yang dikenakan Arab Saudi ke atas ulamak terkenal Syiah, Sheikh Nimr al-Nimr pada 2016

Keadaan dilaporkan mula bergolak kira-kira setahun sebelum itu susulan campur tangan Arab Saudi ke atas perang di Yemen. – REUTERS

Loading...
Terkini