MINAS GERAIS: Tujuh terkorban dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Brazil.
Hujan lebat yang mencatatkan 80 milimeter hujan dalam tempoh sejam menyebabkan banjir dan tanah runtuh sekali gus memaksa bandar itu mengisytiharkan bencana alam selama 180 hari.
Perkhidmatan kecemasan giat mencari empat mangsa yang masih hilang.
Manakala tempat perlindungan sementara telah disediakan bagi mereka yang terjejas.
Gabenor Negeri Minas Gerais, Romeu Zema, dijangka melawat kawasan yang terjejas bagi memantau operasi bantuan. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.