comscore
Tumpuan :
Dunia

Inisiatif kod QR, ICA Singapura ingatkan pengembara bawa pasport

SINGAPURA: Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura memberi peringatan kepada pemandu dan penumpang kereta yang menggunakan inisiatif kod respons pantas (QR) untuk pelepasan imigresen di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas agar membawa bersama pasport mereka.

Pasport mungkin masih diperlukan untuk pengesahan dalam kes tertentu.

Dalam satu kenyataan menurut ICA, pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan identiti di pusat pemeriksaan Malaysia.

Agensi itu juga mengingatkan pengembara yang menggunakan inisiatif itu yang mereka masih perlu mengemukakan Kad Ketibaan Singapura (SGAC) dalam tempoh tiga hari (termasuk hari ketibaan) sebelum tiba di Singapura, melalui laman sesawang atau aplikasi mudah alih MyICA.

Inisiatif dilancarkan pada 19 Mac membolehkan pengembara berkereta yang tiba dan bertolak dari kedua-dua pusat pemeriksaan untuk menggunakan kod QR sebagai ganti pasport untuk pelepasan imigresen.

Pelawat asing kali pertama dan mereka yang memasuki semula Singapura menggunakan pasport berbeza daripada perjalanan sebelumnya perlu menunjukkan pasport fizikal untuk pelepasan imigresen dan hanya boleh menggunakan pelepasan kod QR pada perjalanan berikutnya.

ICA berkata setakat semalam, kira-kira 86,000 atau kira-kira 46 peratus daripada jumlah pengembara berkereta telah menggunakan inisiatif kod QR.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini