Tumpuan :
Dunia

Infrastruktur NATO dibina di sempadan Azerbaijan-Armenia digunakan sebagai perwakilan EU – Aliyev

Foto fail Reuters

BAKU: Sebuah infrastruktur Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang dibina di sempadan Azerbaijan-Armenia akan dijadikan sebagai pejabat perwakilan pemerhati EU, menurut Presiden Azerbaijan Ilham Aliyev, dalam wawancara bersama VGTRK dan Sputnik/RIA Novosti.

“Di bawah pejabat perwakilan yang dianggap pemerhati Eropah, infrastruktur NATO terletak di sebelah Armenia di sempadan kami,” kata Aliyev dalam wawancara yang dijalankan oleh Dmitry Kiselev, Ketua Pengarah Kumpulan Media Antarabangsa Rossiya Segodnya.

Isu mengenai perwakilan pemerhati ini dipersetujui bersama Baku pada 2022, tetapi lanjutan perwakilan  itu  tidak dipersetujui, menurut presiden, sambil menambah selepas lanjutan itu, perwakilan  itu diperluaskan dengan lebih 200 orang.

“Selain itu, perwakilan ini secara beransur-ansur bertukar menjadi perwakilan  NATO, kerana wakil dari Kanada turut menyertai perwakilan itu,” kata Aliyev.

Aliyev berkata Baku dan Yerevan belum mencapai persetujuan mengenai dua perkara dalam perjanjian damai masa depan iaitu mengenai larangan tindakan undang-undang antarabangsa terhadap satu sama lain dan kehadiran negara ketiga di sempadan. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini