Tumpuan :
Dunia

Industri pelancongan China pulih dengan kukuh

Foto fail Reuters

BEIJING: Industri pelancongan China menyaksikan pemulihan yang kukuh dan pertumbuhan pesat pada tahun 2023, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Sun Yeli.

“Ledakan aktiviti pelancongan memainkan peranan penting dalam merangsang permintaan domestik, menjana pasaran pekerjaan dan mengukuhkan keyakinan,” kata beliau pada taklimat media selepas mesyuarat penutup sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 di Dewan Besar Rakyat di sini, pada Isnin.

Sun berkata China menyaksikan ledakan dalam industri pelancongan ais dan salji di bahagian timur laut semasa musim sejuk lalu.

“Di provinsi Heilongjiang sahaja, mencatatkan sebanyak 120 juta kedatangan pelancong bagi tempoh November tahun lalu hingga Februari dengan pendapatan pelancongan berjumlah 170 bilion yuan (RM110.9 bilion).

“Seluruh negara juga mengalami ledakan pelancongan pada 2023 apabila pelancong domestik melakukan hampir 4.9 bilion perjalanan sepanjang tahun lalu dan jumlah perbelanjaan pelancongan direkod lima trilion yuan (RM3.26 trilion),” jelas Sun. — BERNAMA-CMG

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini