comscore
Tumpuan :
Dunia

Indonesia persiap kapal hospital untuk misi bantuan Gaza

INDONESIA: Tentera laut Indonesia kini sedang mempersiapkan kapal hospital bagi misi operasi bantuan Gaza.

Hal ini seiring perancangan Indonesia dalm menghantar kapal itu ke Gaza bagi menyalurkan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat perang.

Kapal KRI Dr Radjiman Wedyodiningrat atau lebih dikenali sebagai 992 kini sedang berlabuh di Jakarta dan sedang menunggu kebenaran dari Mesir untuk memasuki perairannya.

Indonesia sehubungan itu akan menyiapkan hospital medan berdekatan Gaza.

Menurut pakar, misi ini melibatkan perancangan dan pelaksanaan yang rumit tatkala perang sedang berlanjutan.

Ekoran situasi konflik yang semakin memuncak, kapal itu juga berkemungkinan akan berfungsi sebagai hospital terapung di perairan Gaza.

Operasi sedemikian pastinya rumit dan berbahaya sekaligus memerlukan koordinasi yang rapi dengan pihak berkuasa tempatan.

Loading...
Terkini