comscore
Tumpuan :
Dunia

Indonesia larang penjualan iPhone16

Foto: Reuters

JAKARTA: Indonesia melarang penjualan iPhone 16 buat masa ini ekoran kegagalan syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Apple memenuhi sasaran pelaburan tempatan.

Ketiadaan iPhone 16 di platform e-dagang utama termasuk laman web rasmi Apple Indonesia, menyokong dakwaan mengenai sekatan jualan.

“iPhone 16 tidak boleh dijual di Indonesia buat masa ini. Apple masih belum memenuhi janjinya untuk melabur 1.71 trilion rupiah (RM478.8 juta) di Indonesia, yang diperlukan sebelum ia boleh mendapatkan lesen untuk dijual.

“Apple melabur 1.48 trilion rupiah (RM414.4 juta) setakat ini,” kata Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang Kartasasmita.

Pada 11 Oktober lalu berkata, Apple akui ‘sangat komited kepada Indonesia dan teruja untuk membawa semua produk terbaharunya kepada pelanggan di Indonesia secepat mungkin.

Justeru, pengguna di Indonesia terpaksa mungkin lebih lama sebelum dapat menggunakan iPhone 16.

Bagaimanapun, telefon itu boleh dibawa masuk ke Indonesia jika ia adalah untuk kegunaan peribadi atau apabila dihantar melalui perkhidmatan kurier.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini