comscore
Tumpuan :
Dunia

Indonesia dan Arab Saudi bangunkan loji solar terapung 60 megawatt di Jawa Barat

FOTO: ASEAN BRIEFING

JAKARTA: Syarikat elektrik milik negara Indonesia, PT PLN Indonesia, bekerjasama dengan sebuah syarikat Arab Saudi untuk membina loji jana kuasa solar terapung 60 megawatt di Empangan Saguling di Jawa Barat.

Projek itu menandakan langkah penting ke arah kerjasama tenaga boleh diperbaharui antara kedua-dua negara, lapor Xinhua.

“Projek ini bertujuan untuk mengukuhkan sektor tenaga boleh diperbaharui di Indonesia, meminimumkan kesan perubahan iklim dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau,” kata Presiden Pengarah PLN Edwin Nugraha Putra pada Ahad.

Projek itu juga merupakan usaha Indonesia untuk mempercepatkan peralihan tenaga dan menyokong sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2060, tambah Edwin.

Disasarkan untuk beroperasi secara komersial menjelang Jun 2026, Edwin percaya projek itu akan meningkatkan pelaburan dan mengukuhkan hubungan Indonesia-Arab Saudi.

Pada 9 Nov 2023, Indonesia merasmikan loji jana kuasa solar terapung Cirata, yang dibiayai oleh syarikat Masdar yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu, meliputi kawasan seluas 250 hektar di Jawa Barat dengan kapasiti puncak 192 megawatt, menjadikannya yang terbesar di Asia Tenggara. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini