comscore
Tumpuan :
Dunia

Indonesia bina benteng 3.6km untuk kurangkan risiko banjir

Jakarta antara kawasan yang teruk dilanda banjir jika hujan turun dengan lebat (Januari, 2020). – FOTO: Reuters

JAKARTA: Indonesia sedang dalam proses pembinaan benteng pasang surut sepanjang 3.6 kilometer (km) di Semarang, Jawa Tengah, dengan peruntukan 386 bilion rupiah (RM111 juta).

Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata, benteng yang terletak di Kampung Nelayan, Tambak Lorok itu dipasang bagi untuk mengurangkan banjir pasang surut dalam tempoh tiga dekad akan datang.

Menurutnya, benteng yang dijangka siap pada Ogos itu berpotensi untuk membawa kepada projek sama di kawasan pantai lain yang terdedah.

Menurut kenyataan Sekretariat Presiden, projek itu kini sudah 85 peratus siap dan dijangka selesai pada Ogos 2024, termasuk penyusunan semula Kampung Nelayan.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi), ketika lawatan di tapak pembinaan benteng di Kampung Nelayan, Tambak Lorok di Semarang, Jawa Tengah, Indonesia. – FOTO: AGENSI

Projek itu merangkumi pembinaan tembok laut bagi kawasan seluas 20 hektar dan dua kolam takungan untuk mengurangkan risiko banjir, bersama dua rumah pam yang mampu mengepam 3×500 liter sesaat setiap satu.

Dilaksanakan dalam dua fasa, inisiatif itu pada mulanya bagi memastikan keselamatan limbungan kapal semasa fasa pertama (2016-2017).

Fasa kedua yang sedang berlangsung (2022-2024) bertujuan untuk melindungi kawasan kediaman, kemudahan sosial dan kemudahan awam di sekitar Tambak Lorok. – AGENSI

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini