comscore
Tumpuan :
Dunia

India kesan kes mpox baharu

 

Foto: Reuters

NEW DELHI: Kementerian Kesihatan India merekodkan kes disyaki mpox terbaharu yang dikesan pada seorang lelaki yang baru-baru ini mengembara dari negara yang mengalami wabak virus itu.

Menurut laporan, pesakit itu telah diasingkan di hospital dan kini stabil.

Kementerian juga tidak menyatakan jenis virus mpox yang mungkin dihidapi pesakit, namun ujian sedang dijalankan bagi mengesahkan jangkitan itu.

Menurut kementerian kesihatan, kes ini diuruskan selaras dengan protokol yang ditetapkan dan pengesanan kenalan sedang dijalankan untuk mengenal pasti sumber yang berpotensi dan menilai kesan dalam negara.

Mpox boleh merebak melalui hubungan rapat.

Wabak itu biasanya memberi kesan ringan, namun boleh membawa maut dalam kes yang jarang berlaku.

Jangkitan itu akan menyebabkan simptom seperti selesema dan lepuh pada badan.

Bulan lalu, akhbar harian The Hindu melaporkan India telah mengambil langkah waspada dan tindakan perlu sejak virus baharu itu mula mengganas di Afrika.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa selepas varian baharu itu dikenal pasti.

India mengesan 30 kes strain yang lebih tua, yang dikenali sebagai clade 2, antara 2022 dan Mac 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini