NEW YORK: Ikon rap Hollywood, Sean ‘Diddy’ Combs, sekali lagi dinafikan ikat jamin oleh hakim di New York, menjadikan permohonannya ditolak untuk kali ketiga.
Hakim, Arun Subramanian, memutuskan untuk mengekalkan penahanan terhadap Combs atas alasan risiko pengubahan saksi dan kebimbangan keselamatan orang awam.
Combs, yang kini ditahan di Pusat Tahanan Metropolitan, Brooklyn, menghadapi tuduhan pemerdagangan orang untuk tujuan aktiviti seksual, dan penculikan.
Subramanian merujuk kepada bukti yang menunjukkan Combs didakwa cuba mengganggu saksi dan melanggar peraturan penjara, selain terlibat dalam aktiviti jenayah semasa dalam tahanan.
Pendakwa raya turut menyatakan Combs menyalahgunakan kemudahan komunikasi penjara untuk mempengaruhi saksi dan memanipulasi pendapat awam melalui rakan-rakannya di luar penjara.
Bagaimanapun, peguam Combs berhujah bahawa anak guam mereka perlu dibebaskan untuk mempersiapkan pembelaan yang mencukupi sebelum perbicaraan.
Perbicaraan kes dijadualkan berlangsung pada Mei 2025.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.