Tumpuan :
Dunia

ICE tahan suspek punyai kaitan dengan kumpulan penjenayah Venezuela

FOTO: Reuters

CHICAGO: Ejen Imigresen dan Kastam AS (ICE) menyerbu sebuah bangunan di Chicago pada Ahad lalu, menahan pendatang asing yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan geng Venezuela, Tren de Aragua, menurut laporan.

Presiden Donald Trump, seorang Republikan, memegang jawatan pada 20 Januari lalu dengan berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap pendatang haram dan program kemanusiaan yang dikatakannya melebihi tujuan asal undang-undang AS.

Dalam tempoh lebih seminggu memegang jawatan, Trump telah membatalkan garis panduan era Biden yang mengehadkan penangkapan bukan penjenayah, mengarahkan agensi penguatkuasaan undang-undang persekutuan lain untuk membantu kerja imigresen serta memansuhkan dasar Biden yang mengehadkan penguatkuasaan di sekolah, gereja, hospital, dan lokasi sensitif lain.

Setakat ini ICE belum memberikan statistik terperinci mengenai penangkapan individu yang didakwa sebagai pesalah jenayah sejak Trump memegang jawatan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini